My Followers

Khamis, 13 Jun 2013

VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE






Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

 
• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.





 ♥ MANFAAT UTAMA VIT-E ♥

* Melindungi jantung
Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain2.

* Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.  Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

* Anti-Penuaan
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut jerawat dan bintik penuaan.  Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

* Anti-Oksidan yang Kuat
Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.  Ianya juga memperbaiki masalah oksidari-katarak dan masalah penglihatan.

* Kelestarian Tenaga
Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

* Memperbaiki Arthritis
Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

* Menghalang Keguguran
Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopause seperti hot flush.  Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin atau keguguran.

* Memperbaiki Parut
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit.  Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


VITAMIN E JUGA BOLEH :-
  • Mengatasi masalah kedinginan seks
  • Meningkatkan keinginan seks
  • Membantu ereksi yang lebih baik
  • Menambah kualiti hubungan suami isteri
  • Boleh meningkatkan kualiti air mani

Cadangan :
Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari (selepas makan)
Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali



Harga runcit :

RM149 (Semenanjung)
RM154 (Sabah & Sarawak)

Untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa dan diskaun hebat anda bolehlah menghubungi saya yer...☺☻☺







Rabu, 12 Jun 2013

VITAMIN C ~ SHAKLEE

♥ SIHAT & CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE ♥



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*


MANFAAT UTAMA VITAMIN C

* Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen.  kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.  oleh itu, ia mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

* Memperbaiki Simpton Pendarahan
Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan, kulit kering dan kasar

* Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit.  Asthma juga meningkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simpton flu dan selsema.

* Memerangi Kanser
Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.  Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

* Mencantikkan Kulit
Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.  Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

* Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki Insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.

* Mengekalkan Kolestrol Sihat
Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindari arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Di Shaklee ada dua jenis vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C Plus (500mg) dan Chewable Vita-C Plus (100mg).

Jom kita lihat FAQ mengenai kedua-dua vitamin ini :

1 - Adakah kandungan kedua-dua vitamin ini sama?

Ya sama. Berikut adalah kandungan secara ringkas:
Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
- Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg

Chewable Vita-C Plus (100mg)
- Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
- Rose Hips Powder - 40.00mg

Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin C yang hebat).

Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.


2 - Adakah kedua-duanya memiliki fungsi yang sama?

Ya sama. Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

 3 - Apakah keistimewaan kedua-duanya?

Sustained Release Vita-C Plus 500mg
Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!

Chewable Vita-C Plus (100mg)
Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada pendaat yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita.

Walaupun kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing, namun yang paling penting ialah both are natural, halal, bersih, bukan sintetik dan paling penting ia mempunyai bioflavonoids.**

** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit


♥ INFO TERKINI♥
Stok Sustained Release Vita-C Plus 500mg tidak ada di Shaklee buat masa sekarang sehingga tarikh yang belum dapat dijangkakan. Sekiranya anda benar-benar mahu kebaikan vitamin C daripada Shaklee, Chewable Vita-C Plus 100mg merupakan pilihan yang paling tepat!




Harga runcit :
Sustained Release Vita-C Plus 500mg
RM92.50 (Semenanjung)
RM97.50 (Sabah & Sarawak)

 Chewable Vita-C Plus (100mg) 
RM37.50 (Semenanjung)
RM40.00 (Sabah & Sarawak)

Untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa dan diskaun hebat anda bolehlah menghubungi saya yer...☺☻☺



ESP - SOY PROTEIN ISOLATE POWDER BY SHAKLEE

♥ ONE FOR ALL ♥

 

 Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.


Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*

•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



MANFAAT UTAMA ESP :-

* Awet Muda 
Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain2.  pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

* Baik untuk hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita.  Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko esteoporosis dan sakit jantung.

* Baik untuk prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.  Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.  Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

* Kulit remaja
Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

* Pembekal tenaga
Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah maigrain, imsonia dan tekanan.

* Membaiki pigmentasi
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

* Membaiki memori
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

* ESP juga amat sesuai untuk bakal2 ibu ataupun para2 ibu yang sedang berpantang kerana ESP boleh meningkatkan pembentukan susu badan yang banyak untuk bayi anda. ☺

Rekomendasi
2-3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong) - (boleh campur dengan meal shakes dan Performance Drink)

Harga runcit :

RM150 (Semenanjung)
RM155 (Sabah & Sarawak)

Untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa dan diskaun hebat anda bolehlah menghubungi saya yer...☺☻☺



-XOXO-










Ahad, 2 Jun 2013

VITAMIN B-COMPLEX SHAKLEE

VITAMIN TENAGA & KECANTIKAN KULIT DARI SHAKLEE

♥ B-COMPLEX UNTUK KULIT LICIN DAN BERSINAR ♥


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Komponen Vitamin B dan mengapa ia sangat diperlukan oleh badan;




1) Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma


2) Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.


3) Vitamin B3~Membantu mengurangkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meningkatkan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental


4)Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang


5) Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..


6) Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan


7) Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram



Harga runcit :
RM53.75  (Semenanjung)
RM56.25  (Sabah & Sarawak)

Untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa dan diskaun hebat anda bolehlah menghubungi saya yer...☺☻☺




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.